Monday, August 25, 2014

Hari Pertama: Officially a Fulltime Housewife!

Assalamualaikum..

Hari ini bermulalah episod yang sebenarnya perjalanan saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Hari ini saya sudah officially 'jobless' dari bidang kerjaya profesional. Memang hati ada sedikit sedih dan rasa terpinga-pinga sebab bila fikir dah tak ada fixed income.

Tapi saya percaya yang Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Allah takkan biarkan rezeki saya setakat ini sahaja. Saya yakin dan pasti bahawa Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik dari yang saya jangkakan.

Anak masih lagi saya hantar ke rumah pengasuh memandangkan service jagaan pengasuh tu berakhir pada hujung bulan. So untuk seminggu ni, bolehlah saya rehat dan kemas rumah sebetul dan sekemasnye! :D

Saya masih lagi ligat memikirkan apakah bisnes yang boleh saya jalankan secara kecil-kecilan. Terlalu banyak list dalam otak saya tapi tak tau mana satu nak didahulukan. Memandangkan modal pun masih belum ada, so tak boleh nak laksanakan sepenuhnya.

Bukan senang untuk buat keputusan untuk berhenti dari kerja yang mana kita akan dapat gaji setiap bulan. Tapi kali ini, saya kena lebih kuat berusaha dan berikhtiar untuk sekurang-kurangnya ada income walaupun sedikit.

Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup saya.. niat saya untuk membesarkan anak di depan mata sendiri. Semoga Allah memberkati niat saya. Amin :)

No comments:

Post a Comment