Assalamualaikum..
Hari ini bermulalah episod yang sebenarnya perjalanan saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Hari ini saya sudah officially 'jobless' dari bidang kerjaya profesional. Memang hati ada sedikit sedih dan rasa terpinga-pinga sebab bila fikir dah tak ada fixed income.
Tapi saya percaya yang Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Allah takkan biarkan rezeki saya setakat ini sahaja. Saya yakin dan pasti bahawa Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik dari yang saya jangkakan.
Anak masih lagi saya hantar ke rumah pengasuh memandangkan service jagaan pengasuh tu berakhir pada hujung bulan. So untuk seminggu ni, bolehlah saya rehat dan kemas rumah sebetul dan sekemasnye! :D
Saya masih lagi ligat memikirkan apakah bisnes yang boleh saya jalankan secara kecil-kecilan. Terlalu banyak list dalam otak saya tapi tak tau mana satu nak didahulukan. Memandangkan modal pun masih belum ada, so tak boleh nak laksanakan sepenuhnya.
Bukan senang untuk buat keputusan untuk berhenti dari kerja yang mana kita akan dapat gaji setiap bulan. Tapi kali ini, saya kena lebih kuat berusaha dan berikhtiar untuk sekurang-kurangnya ada income walaupun sedikit.
Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup saya.. niat saya untuk membesarkan anak di depan mata sendiri. Semoga Allah memberkati niat saya. Amin :)
Berlari Ke Sudut
Monday, August 25, 2014
Bismillah..Perjalanan Cerita
Bismillah..pembuka bicara..
Pertama, alhamdulillah saya diberikan kekuatan dan gerak hati untuk kembali bergiat aktif dalam dunia blog. Sebelum ini, saya pernah mempunyai blog seaktu zaman belajar. Namun blog tersebut terkubur begitu sahaja.
Kali ini saya menulis sebagai seorang isteri dan seorang ibu kepada cahaya mata saya. Saya akan cuba menfaatkan blog ini kepada pembaca-pembaca segala pengalaman, pandangan dan info yang baik untuk kebaikan bersama.
Saya juga akan berkongsi perjalanan saya sebagai seorang yang dahulunya berkerjaya profesional tetapi mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa di samping menjaga cahaya mata, melihat anak membesar di depan mata.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)